Ramai bakal-bakal ibu yang kurang jelas cara yang betul untuk kira usia kehamilan. Sampaikan ada yang pelik, kenapa baru kahwin 4 minggu, tapi bila scan usia kandungan sudah berusia 6 minggu. Ini yang orang biasa panggil ‘bunting pelamin’.
Kita kena faham, lagi-lagi pasangan yang baru saja menikah. Risau suami salah faham pula. Naya jadinya, Ada pula yang menuduh si isteri hamil sebelum nikah. Nauzubillah!
Jadi, macam mana cara kira usia kehamilan yang betul?
Awal pengiraan perlulah daripada tarikh HARI PERTAMA ‘datang haid’ pada bulan terakhir si isteri datang haid. Istilah perubatan yang biasa digunakan adalah – LMP (Last Menstrual Period). Bila tarikh haid habis itu tak penting dalam pengiraan ini.
Contoh:
Suraya datang period 1/1/18 hingga 7/1/18.
Pusingan haid biasanya setiap 28 hari.
Suraya bernikah pada 10/1/18, dan hubungan suami isteri berlaku selepas tu.
Kita anggap proses ovulasi berlaku pada hari ke 14 (untuk pusingan normal 28-30 hari).
Kebiasaannya pusingan haid adalah sekitar 24-36 hari, dan proses ovulasi berlaku sekitar hari ke-7 hingga hari ke-21.
Jangka hayat ovum boleh hidup selama 24 jam saja selepas ‘keluar’.
Sperma pula boleh hidup dalam rahim wanita sekitar 3 hingga 4 hari.
Jadi, persenyawaan boleh berlaku.
Embrio pun terbentuk dan akhirnya melekat pada dinding rahim.
Kalau buat urine pregnancy test –> POSITIF!!
Sepatutnya, haid Suraya akan datang pada awal bulan Februari. Tapi tunggu punya tunggu, tak datang-datang haidnya. Selepas 2 minggu, jika Suraya cek UPT, sah mengandung!
**kebanyakan scan boleh kesan kantung bayi seawal 5 minggu. Kebiasaannya agak sukar untuk scan status kehamilan pada usia kehamilan kurang daripada 5 minggu atas faktor ketebalan dinding perut ibu, boleh cuba scan semula 1-2 minggu selepas itu.
Perlu diingat faktor LMP ini masa buat pengiraan. Lagi-lagi yang baru kahwin, atau pasangan yang dalam perancangan nak dapatkan anak. Nak senang, rekod dalam kalendar setiap kali datang haid. Ingat, hari terakhir tak berapa penting untuk pengiraan usia kehamilan, tapi penting untuk kira waktu subur.
Sebab tu nikah baru 4 minggu, tapi usia kandungan dah 6 minggu. Sebab kita kira dari hari pertama last period. (Bukan dari tarikh kawin :))
Faham ke faham?? 🙂
Pakat kongsi dengan rakan-rakan anda yang merancang untuk hamil. Moga sama-sama dapat manfaat.
0 Comments